Juruukur Bangunan : Masihkah Wujud?
Sehingga kini saya masih mendapat komen memberangsangkan daripada pelawat berkenaan penjelasan saya mengenai Peranan Sebenar Juruukur Bangunan. Saya beranggapan bahawa benarkah begitu ramai para bakal pelajar Juruukur Bangunan yang sehingga kini menaip keyword "Maksud Juruukur Bangunan", "Peranan Juruukur Bangunan", dan "Ukur Bangunan". Satu lagi yang membimbangkan saya adalah benarkah saya orang yang benar-benar kompeten untuk membincangkan tentang profesion ini. Adakah saya masih bertepuk sebelah tangan dalam menerangkan bersungguh-sungguh mengajak kita memahami apa itu Juruukur Bangunan?
Pada dasarnya, saya bukanlah orang yang tepat untuk menerangkan apakah maksud Juruukur Bangunan kerana saya adalah pelajar biasa yang sudahpun menamatkan pengajian Diploma Ukur Bangunan pada dua minggu lalu. Blog ini pun saya menggunakannya sebagai medium perkongsian ilmu yang tidak hanya bertumpu kepada ilmu Ukur Bangunan atau Building Surveying sahaja. Malah saya turut menerapkan beberapa perkongsian tentang fakta-fakta yang baik dan positif mengenai alam sekitar dan pengurusan ilmu.
MASIHKAH WUJUD JURUUKUR BANGUNAN?
Soalan yang baik. Pertama sekali, perlulah anda ketahui bahawa Ilmu Juruukur Bangunan sangat luas meliputi Senibina (Architecture), Structure (Civil Engineering), Maintenance, Ukur Bahan (Quantity Survey) dan Project Management.
Apa yang saya mahu tekankan di sini adalah setiap daripada ilmu-ilmu itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk diamalkan. Secara jelas, mahu tidak mahu kita tidak boleh mengharapkan apabila sudah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang BS (building surveying/ ukur bangunan) ini, kita janganlah asyik bergantung harap pada jawatan JURUUKUR BANGUNAN atau PEMBANTU JURUUKUR BANGUNAN sahaja. Ianya sangat tidak relevan dengan situasi pembinaan di negara kita ini.
Perbuatan seperti terlalu memilih pada keutamaan pilihan kita selalunya menjadi penyumbang terbesar pada kadar graduan menganggur di negara kita. Ingatlah, Juruukur Bangunan masih wujud dan pengiktirafannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Percayalah pada saya..
Suka saya menerangkan bahawa disebabkan profesion inilah saya sentiasa tampil berani sewaktu latihan praktikal bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memberikan pendapat yang selalunya tidak dapat dijawab oleh pakar-pakar yang sudah lama bekerja. Ini juga membuktikan profesion kita bukan sembarangan. Akan tetapi, sikap terlalu menonjol pasti membawa persepsi kurang selesa di kalangan pengamal profesion lain kerana profesion BS lebih ke arah konsultasi atau memberi khidmat nasihat terhadap kesihatan bangunan.Blog dari Rakan BS 001
Tiada ulasan:
Catat Ulasan