Selasa, 3 April 2012

Malangnya Nasib Juruukurbangunan Bangunan di Malaysia

Kerjaya Juru Ukur 30/01/2011 21:17:27 Ramai tidak maklum bahawa juru ukur bangunan,  kerjaya berstatus profesional, yang bernaung di bawah Pertubuhan Juru Ukur Malaysia, tidak diiktiraf di negara ini. Punca ini berlaku kerana tiada Akta Juru Ukur Bangunan untuk membolehkan pelajar dan graduan jurusan ini bergiat di bidang yang diceburi. Saksikan lapuran yang saya sediakan. Akta Parlimen No 67, 1967, suatu ketika dahulu mentakrifkan juruukur bangunan sebagai General Practice Surveyor. Namun, sekitar tahun 1970an, akta ini dimansuhkan apabila, juruukur tanah, juruukur pernilaian hartanah dan juruukur bahan mempunyai akta profesyen masing-masing kecuali juruukur bangunan. Dengan ketiadaan Akta Juru Ukur Bangunan, maka kerja ini didokong oleh profesyen lain yang sinonim dengan industri pembinaan.   Maka, dalam kes kebocoran bumbung bangunan Parlimen dan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur serta kerosakan stadium di Terengganu sebelum ini tidak layak di audit juru ukur bangunan. Setiap tahun lebih 200 graduan jurusan juru ukur bangunan tamat pengajian diploma dan ijazah dari  Universiti Institut Teknologi Mara, Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia.   Jumlah garduan juru ukur bangunan merangkumi institusi pengajian tinggi awam dan swasta kini seramai lebih  dua ribu orang. Mereka berkerja di sektor yang tidak mengiktiraf kepakaran yang dimiliki.   Kali terakhir isu mengenai Akta Juru Ukur Bangunan di sentuh ialah ketika mantan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S. Samy Vellu memberi jawapan lisan di Dewan Rakyat pada 19 Disember 2007. Dalam jawapannya, Datuk Samy Vellu di petik berkata "jemaah menteri telah meluluskan cadangan untuk menubuhkan satu akta, selepas itu  lembaga untuk juru ukur bangunan diadakan." Sehingga kini kenyataan hanya kekal kenyataan. AHMAD FAUZI MD. SOOD/ GRADUAN JURUUKUR BANGUNAN. Keadaan ini bukan saja merugikan para graduan, malah kerajaan dan orang awam kerana pasaran kerja dalam industri pembinaan tak dapat dibesarkan. Dan juga penyelenggaraan bangunan serta aset masih terabai dan kepentingan orang awam mengenai mutu pembinaan masih terabai. Tujuan kami menyuara rasa hati kami terpendam selama 16 tahun tanpa pembelaan. SR. DR. ADI IRFAN CHE ANI/ SETIAUSAHA PJM. Kita mengambil amalan sedia ada di malaysia, dimana secara asanya tidak ada akta, tidak ada profesyen. Kalau nak laksana skop kerja kita, kata la nak daftar bawah mof, soalan yang sama ditanya, bf tak ada akta tak boleh buat kerja. So sama juga profesyen lain yang hendak guna kepakaran ukur bangunan tapi tak boleh sebab tak ada akta. MOHD IDHAM ISMAIL/ PELAJAR UiTM Bagi negara luar, kami pun diiktiraf rca, royal institute of chartered survey, sebab bagi negara komanwel dia orang ada building survey. Ini antara most important dalam sektor pembinaan. Kenapa malaysia sendiri, sektor pembangunan malaysia, kenapa building survey ini tak iktiraf langsung. Dalam hal ini jawapan yang di cari ada pada Kementerian Kerja Raya. 16 tahun sudah berlalu, berapa lama lagi agaknya mereka perlu menunggu untuk layak berkerjaya sebagai juru ukur bangunan. Jaffry Azman, Aduan Rakyat, TV3 ambil berat. SHARE Email to a friend facebook twitter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan