Jumaat, 7 Disember 2012


BS Committee & Registered BS,

Untuk makluman Kunjungan hormat ke Jabatan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah ditetapkan pada tarikh berikut :

Tarikh :-  
21 December 2012

Masa :-
3.00 Petang

Tempat :-         
Jabatan Kerajaan Tempatan, 
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 
Aras 2 – 38, 
No.51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 
Putrajaya

Agenda :-        
(i). Sesi pembentangan peranan Ukur Bangunan.
(ii). Sesi perbincangan serta perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh pihak Ukur Bangunan, RISM
(iii). Lain-lain perkara yang berbangkit.

Kepada committee dan Registered BS yang ingin turut serta ke sesi kunjungan ini harap dapat maklumkan melalui email selewat-lewatnya sebelum 121212.

Terima kasih atas kerjasama.

Ahad, 2 Disember 2012

Konservasi / Conservation


Konservasi (conservation) bangunan warisan merupakan istilah umum merujuk kepada akitiviti pemuliharaan ke atas bangunan, monumen dan tapak yang merangkumi beberapa aktiviti lain seperti proses pemeliharaan (preservation), pemugaran (restoration), pembaikpulihan (repair and rehabilitation), pembinaan semula (reconstruction) dan penyesuaian guna (adaptively reuse) atau mana-mana gabungan antaranya. Ia juga disebut “pemuliharaan” yang menggabungkan tindakan pemulihan dan pemeliharaan. ICOMOS (Burra Charter Article 1.4, 1999) telah mendefinisikan pemuliharaan sebagai proses memulihara sesuatu tempat supaya kepentingan kebudayaannya dapat dikekalkan. Akta Warisan Kebangsaan, 2005 (Akta 645) menyatakan bahawa ”pemuliharaan” termasuklah pemeliharaan, pembaikpulihan, pembinaan semula, pemulihan dan penyesuaian atau mana-mana gabungannya. ”Pemeliharaan” di bawah Akta 645 ini adalah tindakan yang bertujuan untuk memberhentikan kemerosotan lanjut, reput atau keadaan usang kepada bangunan, monumen dan tapak. Ia termasuklah :
  1. Teknik membantutkan atau memperlahankan proses kemerosotan, reput atau keadaan usang sesuatu butiran atau struktur;
  2. Pembaikan keadaan struktur untuk menjadikan sesuatu struktur selamat, boleh didiami, atau selainnya berguna; dan
  3. Penyenggaraan biasa dan pembaikan kecil yang tidak mengubah atau memudaratkan rupa fabrik atau sejarah sesuatu struktur.

Sehubungan itu inisiatif pemuliharaan atau konservasi bangunan adalah bertujuan untuk :
  1. Mengekal dan memperkukuhkan nilai warisan dan nilai sejarah sesuatu bangunan, monumen dan tapak;
  2. Melindungi dan mempastikan bangunan, monumen dan tapak warisan selamat dan kekal untuk tempoh melangkaui beberapa generasi untuk menjadi rujukan, pendidikan dan kenangan kepada generasi masa kini dan akan datang;
  3. Bangunan, monumen dan tapak warisan adalah sebahagian bukti kepada sesuatu peristiwa atau sejarah penting. Ia menjadi latar belakang fizikal kepada cerita sejarah tersebut yang akan disampaikan kepada generasi masa depan. Latar belakang sejarah inilah yang akan membentuk wajah dan jati diri bangsa Malaysia.
  4. Warisan akan menjadi aset penting negara sama ada untuk pendidikan dan untuk pulangan ekonomi melalui industri pelancongan, rujukan R&D dan martabat negara di mata dunia. Warisan yang penting akan dikongsi dengan warga dunia sebagai warisan dunia sejagat seperti mana pengiktirafan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

 
Rumah warisan Melaka ini telah dibina oleh pemiliknya Penghulu Abdul Ghani di Merlimau pada tahun 1894. Pemuliharaan bangunan ini pada tahun 2009 oleh Jabatan Warisan Negara akan mengekalkan rumah tradisional Melayu ini untuk abad yang akan datang.
Pelaksanaan sesebuah projek konservasi  melibatkan pelbagai bidang professional dan kepakaran seperti arkitek, juru ukur bangunan, juru ukur bahan, jurutera, ahli sains dan konservator bangunan. Tidak ketinggalan pakar sejarah dan pakar seni yang berperanan menterjemahkan latar belakang sejarah dan karya seni (ukiran, lukisan mural dan elemen hiasan) yang berkaitan. Manakala, kerja-kerja pemuliharaan bangunan perlu dilakukan oleh kontraktor bangunan yang berwibawa dan mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan. Ini termasuk tukang mahir, pengukir dan artisan yang mampu memulihara bangunan, elemen dan hiasannya tanpa menjejaskan keaslian (authenticity) bangunan warisan berkenaan. Seorang konservator bangunan yang baik akan membezakan tindakan pemuliharaan dan mengembalikan keaslian asal bangunan berbanding mencantikkan bangunan secara kosmetik. Menambah-nambah rawatan dan pembaikan kepada bangunan supaya kelihatan lebih cantik adalah satu kesalahan besar kerana ia tidak asli dan mengelirukan fakta sejarah sebenar. Maka itu hasil kerja konservasi yang sebegini akan menghilangkan intergrity, authenticity dan nilai warisan bangunan tersebut.
Aktiviti pemuliharaan bangunan warisan adakalanya boleh mendatangkan keburukan lebih dari kebaikan kepada bangunan warisan jika perlaksanaannya tidak mengikut prinsip dan pendekatan konservasi yang betul kerana bangunan tersebut bukan sahaja akan terjejas dari segi keasliannya, hilang nilai warisan tetapi yang lebih malang bangunan warisan tersebut mengalami kerosakan, kecacatan kekal atau musnah. Justeru, adalah sangat penting untuk mengetahui, memahami dan mengamalkan prinsip asas pemuliharaan agar ianya tidak merosakkan bangunan warisan tersebut yang lazimnya bersifat unik dan tidak dapat dicari gantinya apabila mengalami kemusnahan. Antara prinsip-prinsip asas konservasi bangunan warisan yang diamalkan dan dipersetujui antarabangsa khususnya UNESCO (Malaysia adalah negara anggota UNESCO) adalah sebagaimana berikut:   
  1. Meminimakan gangguan (intervention) seperti membaik pulih hanya struktur dan fabrik bangunan bersejarah yang rosak sahaja manakala yang masih elok perlulah dikekalkan keasliannya.
  2. Mengaplikasi kajian saintifik dan ujian makmal bagi mengenalpasti kandungan dan sifat bahan binaan serta tahap kerosakannya. Keputusan kajian saintifik dan ujian makmal dapat dijadikan bukti sokongan dalam membuat sebarang keputusan terhadap kerja pemuliharaan yang akan dilakukan kelak.
  3. Menjalankan aktiviti pendokumentasian ke atas kerja pemuliharaan sebelum, semasa dan selepas. Pendokumentasian ini sangat penting bukan sahaja sebagai medium di dalam membuat keputusan tetapi juga sebagai rekod dan bahan rujukan pada masa hadapan.
Keadaan dinding kelarai pada bangunan Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kampung Kuala Dal, Perak yang usang dimakan hari
Kerja pemuliharaan yang sedang dijalankan ke atas bangunan masjid yang merangkumi kerja-kerja penggantian dinding kelarai yang telah rosak 
Dinding kelarai masjid ini dicat warna bendera Negeri Perak berdasar kajian saintifik pada kelarai sedia ada
Di dalam sesebuah projek pemuliharaan bangunan warisan, satu rangka kerja yang khusus perlu dirancang dan diikuti bagi menjamin perlaksanaannya bersifat menyeluruh dan sistematik. Pada asasnya terdapat sekurang-kurangnya lima peringkat yang penting dipatuhi di dalam rangka kerja ini iaitu:
Peringkat Pertama: Penyelidikan Awalan 

Penyelidikan awalan merupakan peringkat bagi mendapatkan maklumat tentang bangunan yang hendak dipulihara dan persekitarannya merangkumi aspek sejarah, seni bina, pemilik atau penghuni bangunan dan juga sebarang kerja-kerja penyelenggaraan yang berkaitan. Kesemua maklumat yang diperolehi selanjutnya akan dipersembahkan dalam sebuah laporan lengkap Kajian Awalan. Laporan Awalan ini antaranya akan menjelaskan berkaitan justifikasi keperluan sesebuah bangunan itu untuk dipulihara. Laporan ini merupakan panduan kepada pihak pembuat keputusan bagi menentukan samada bangunan tersebut perlu dipulihara atau sebaliknya.
Peringkat Kedua: Kajian Kerosakan (Dilapidation survey) 

Kajian dilapidasi (dilapidation survey) merupakan satu kajian yang dilaksanakan ke atas bangunan yang hendak dipulihara dengan tujuan mengenalpasti tahap kecacatan bangunan tersebut. Kajian dilapidasi ini juga bertujuan mengenal pasti punca berlakunya kecacatan bangunan serta mengemukakan cadangan dan kaedah pemuliharaan yang bersesuian. Di dalam kajian ini penggunaan peralatan tertentu dan kaedah pendokumentasian yang teratur adalah penting bagi memastikan hasil kajian ini dapat dijadikan sandaran kepada tindakan selanjutnya atau keputusan berkaitan pendekatan pemuliharaan yang tepat. Peringkat ini juga adakalanya memerlukan hasil kajian makmal sains apabila ujian-ujian tertentu diperlukan.
1) ‘Protimeter’ sejenis alat yang biasa digunakan bagi mengukur kadar kelembapan pada bangunan;2)‘Crack Detector’ sejenis alat yang berfungsi mengesan dan mengukur keretakan pada bangunan.

 
Menjalankan ‘Kajian Warna’ yang bertujuan mengenal past warna asal bangunan bagi dipadankan dengan warna cat komersil untuk rekodMembuat kerja pengecaman spesis kayu bagi mengenal pasti spesis kayu yang digunakan pada bangunan yang dipulihara

 
Kaedah pendokumentasian bagi kerja pemuliharaan secara Photografi Bersekala yang menggabungkan teknologi photografi dan perisian komputer 
Contoh hasil pendokumentasian kerja pemuliharaan secara ‘HABS (Historical Architectural Building Survey) Drawing’ 


 
Peringkat Ketiga: Penyediaan Dokumen Tender 

Peringkat penyediaan Dokumen Tender ini merupakan peringkat sangat penting di mana segala keputusan berkaitan pendekatan pemuliharaan telah dicapai oleh anggota profesional projek pemuliharaan yang terlibat. Dalam peringat ini juru ukur bahan akan bekerjasama dengan pihak arkitek dan perunding konservator bangunan dalam menentukan skop kerja dan kesesuaian kaedah dan teknik pemuliharaan bangunan yang diguna pakai. Hasil daripada perbincangan bersama, juru ukur bahan boleh memastikan anggaran kos projek pemuliharaan bangunan yang dicadangkan. Peringkat ini dianggap kritikal dalam rangka kerja pemuliharaan bangunan kerana kegagalan pihak perunding menentukan anggaran kos keseluruhan projek dengan baik akan menimbulkan implikasi kos bagi sesebuah projek pemuliharaan.

Peringkat Keempat: Kerja Pemuliharaan Bangunan

Peringkat ini merupakan peringkat perlaksanaan di mana aktiviti sebenar pemuliharaan akan berlaku. Kontraktor bangunan yang dipilih untuk melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan bangunan perlu terdiri daripada kumpulan yang terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang pemuliharaan bangunan warisan. Ini adalah kerana peringkat ini memerlukan kepakaran dan kemahiran teknikal yang tinggi dalam perlaksanaannya. Kerjasama rapat dari semua pihak khususnya kumpulan perunding dan kontraktor adalah sangat diperlukan bagi memastikan kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor merupakan tindakan yang tepat sebagaimana keputusan yang telah dibuat. Peringkat ini juga memerlukan aktiviti pendokumentasian yang sistematik dengan merekod keadaan bangunan dalam tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas pemuliharaan bangunan menggunakan kaedah Historical, Architectural and Building Survey (HABS).

Kerja menanggal jubin bumbung untuk pencucian dan rawatanKerja menanggal struktur tambahan yang telah dikenalpasti pada bangunan


Sedang melakukan kerja perawatan ke atas elemen ukiran bangunan
Kerja melepa dan mengemas permukaan dinding menggunakan bahan yang sama dengan asalnya

 
Peringkat Lima: Pengurusan dan Penyelenggaraan Tapak Warisan 

Pemuliharaan bangunan warisan secara dasarnya merupakan suatu proses yang berterusan dan bukan bersifat one off. Ianya memerlukan satu perancangan dan tindakan yang menyeluruh melalui pelan pengurusan pemuliharaan warisan budaya. Pengurusan yang profesional bukan sahaja diperlukan semasa kerja-kerja pemuliharaan bangunan di tapak tetapi juga selepas bangunan tersebut siap dipulihara dan berfungsi semula seperti biasa. Ia melibatkan usaha-usaha penjagaan, penyelenggaran dan pembaikan bangunan warisan dari masa ke semasa dan dilaksanakan secara berkala. Justeru, bagi memastikan bangunan warisan terus dipulihara dan dijaga dengan baik serta dapat dihayati oleh generasi masa depan, satu pelan  tindakan pengurusan pemuliharaan sesebuah bangunan warisan yang berkesan perlu diwujudkan.

INFRARED THERMOGRAPHY Pada 19/DISEMBER/2012


Register Now!!!

ROYAL INSTITUTION OF SURVEYORS MALAYSIA (RISM)
RISM 6th ANNOUNCEMENT [BS]

Halfday CPD talk on:  
Infrared Thermography 
Speaker  : Assoc. Prof. Sr Dr Azlan Shah Ali

Date  : 19 December 2012 (Wednesday)
Time  : 9.00am – 12.30pm
Venue  : RISM Resource Centre, Lower Ground Floor, Bangunan Juruukur, 64-66, Jalan 52/4, PJ
Credit Hours  : 4 CPD Points

Fees: RM 120 (RISM Member) ; RM 180 (Non-Member)

Enquiries, please call, Ms. Lih Ling/ Cik Norhasniza at 03-7954 8358.

KUNJUNGAN HORMAT KE LTAT PADA 17@18 DISEMBER 2012


Assalam BS Committee & Registered BS

Untuk makluman Kunjungan Hormat ke Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan diadakan seperti berikut :

Tarikh :                  
17 @ 18 December 2012

Masa :
10.00am

Tempat : 
LTAT, 
Tingkat 12, Bangunan LTAT,         
Jalan Bukit Bintang, 
Kuala Lumpur

Tarikh lawatan bergantung kepada majority kehadiran dan maklumbalas dari semua.

Harap dapat berikan maklum balas pengesahan kehadiran bagi kedua-dua tarikh segera

Sila emel ke bsdiv@rism.org.my

KUNJUNGAN HORMAT KE BPP KEMENTERIAN KEWANGAN PADA 4 DIS 2012


BS Committee & Registered BS,

Untuk makluman Kunjungan Hormat ke Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP MOF) telah ditetapkan pada tarikh berikut :

Tarikh        
4 December 2012

Masa
3.00 Petang   Telah dipinda kepada 4.00 Petang

Tempat      
No.9 Kompleks Kementerian Kewangan, 
Persiaran Perdana, 
Presint 2, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
Putrajaya

Agenda     :        
i) Pengesahan Kod pendaftaran Ukur Bangunan.
ii) Sesi pembentangan peranan Ukur Bangunan.
iii) Sesi perbincangan serta perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh pihak Ukur Bangunan, RISM
iv) Lain-lain perkara yang berbangkit.

Sehingga hari ini yang telah berikan pengesahan kehadiran adalah seperti berikut : 
1)   Brig. Gen Sr Mohd Amin Mohd Din
2)   Assoc Prof. Sr Dr. Adi Irfan Che Ani
3)   Prof. Sr Dr. Ahmad Ramly
4)   Sr Asokumar Ponnan

Kepada committee yang ingin turut serta ke sesi kunjungan ini harap dapat reply email selewat-lewatnya sebelum 291112.

Sila emel ke bsdiv@rism.org.my

Terima kasih atas kerjasama.

Ahad, 21 Oktober 2012

Jurukur Bangunan : Masihkah Wujud?


Juruukur Bangunan : Masihkah Wujud?

Sehingga kini saya masih mendapat komen memberangsangkan daripada pelawat berkenaan penjelasan saya mengenai Peranan Sebenar Juruukur Bangunan. Saya beranggapan bahawa benarkah begitu ramai para bakal pelajar Juruukur Bangunan yang sehingga kini menaip keyword "Maksud Juruukur Bangunan", "Peranan Juruukur Bangunan", dan "Ukur Bangunan". Satu lagi yang membimbangkan saya adalah benarkah saya orang yang benar-benar kompeten untuk membincangkan tentang profesion ini. Adakah saya masih bertepuk sebelah tangan dalam menerangkan bersungguh-sungguh mengajak kita memahami apa itu Juruukur Bangunan?

Pada dasarnya, saya bukanlah orang yang tepat untuk menerangkan apakah maksud Juruukur Bangunan kerana saya adalah pelajar biasa yang sudahpun menamatkan pengajian Diploma Ukur Bangunan pada dua minggu lalu. Blog ini pun saya menggunakannya sebagai medium perkongsian ilmu yang tidak hanya bertumpu kepada ilmu Ukur Bangunan atau Building Surveying sahaja. Malah saya turut menerapkan beberapa perkongsian tentang fakta-fakta yang baik dan positif mengenai alam sekitar dan pengurusan ilmu.

MASIHKAH WUJUD JURUUKUR BANGUNAN?



Soalan yang baik. Pertama sekali, perlulah anda ketahui bahawa Ilmu Juruukur Bangunan sangat luas meliputi Senibina (Architecture), Structure (Civil Engineering), Maintenance, Ukur Bahan (Quantity Survey) dan Project Management.

Apa yang saya mahu tekankan di sini adalah setiap daripada ilmu-ilmu itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk diamalkan. Secara jelas, mahu tidak mahu kita tidak boleh mengharapkan apabila sudah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang BS (building surveying/ ukur bangunan) ini, kita janganlah asyik bergantung harap pada jawatan JURUUKUR BANGUNAN atau PEMBANTU JURUUKUR BANGUNAN sahaja. Ianya sangat tidak relevan dengan situasi pembinaan di negara kita ini.

Perbuatan seperti terlalu memilih pada keutamaan pilihan kita selalunya menjadi penyumbang terbesar pada kadar graduan menganggur di negara kita. Ingatlah, Juruukur Bangunan masih wujud dan pengiktirafannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Percayalah pada saya..

Suka saya menerangkan bahawa disebabkan profesion inilah saya sentiasa tampil berani sewaktu latihan praktikal bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memberikan pendapat yang selalunya tidak dapat dijawab oleh pakar-pakar yang sudah lama bekerja. Ini juga membuktikan profesion kita bukan sembarangan. Akan tetapi, sikap terlalu menonjol pasti membawa persepsi kurang selesa di kalangan pengamal profesion lain kerana profesion BS lebih ke arah konsultasi atau memberi khidmat nasihat terhadap kesihatan bangunan.Blog dari Rakan BS 001

Jawatan Dalam Kerajaan (SPA) Sebagai Jurukur Bangunan

Juruukur Bangunan Gred J41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
 
Jadual Gaji:
 
PERINGKATGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM2,359.72
RM2,468.21
RM2,581.43
RM5,559.76
RM5,892.94
RM6,221.67
RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,359.72 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Penolong Juruukur Bangunan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Juruukur bangunan Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhdmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kerja-kerja pengukuran sesuatu binaan bangunan dan kerja-kerja pengukuran sebelum dibangunkan binaan tersebut.SPA - Juruukur Bangunan

Department of Building Surveying, UM


Department Of Building Surveying
Building Surveying is a rapidly growing profession in Malaysia and its services are highly needed in all economics and development situation. Its scope begins from the very early stage of planning a development project to construction management, maintenance and up to conservation of historical and architecturally important building. To address the shortage of professional Building Surveyors in the country, Building Surveying Programme at undergraduate level was introduced in the University of Malaya (UM) in 1995. This programme is recognized locally and internationally by professional bodies i.e Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Association of Building Engineers (ABE), UK and The Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS), UK. The degree can also be pursued at higher learning institutions abroad especially in United Kingdom, Australia, Hong Kong and New Zealand or through professional examination conducted by the Institution of Surveyors Malaysia.
In the Malaysian context, a professional Building Surveyor is a qualified person, by examination and experience, and a member of the Institution of Surveyors Malaysia. The main roles and responsibility of a Building Surveyor in Malaysia as prescribed by the Institution of Surveyors Malaysia covers the following areas:
·           Building Control
·           Maintenance & Conservation of Building
·           Building Performance and Audit
Career as a professional Building Surveyor includes every aspect of a building life cycle from its planning stage to restoration, demolition and redevelopment. A competent Building Surveyor will be able to manage, organize, monitor, assess and coordinate construction works while acting as the main link to other professional services in the construction industry.
A qualified Building Surveyor can work at Government/Semi-Government Departments such as Local Authorities, higher learning institutions (both public and private) or at private sector organisations such as developers, financial and banking institutions, consultant firms, insurance companies and research organisations.

Programme Goal(s)
To produce ethically and professionally competence surveyors who are able to function effectively as members of the construction and property industry and able to face technological and managerial challenges in the national and global context
Programme Learning Outcomes
At the end of the programme, graduates are able to:
1.     Understand technical knowledge and good management in building surveying works
2.     Carry out building surveying services using equipment and proper procedure taking into
         account sustainable aspects and laws
3.     Apply social skills and responsibilities in the public interest within the construction industry
        and real estate sector.
4.     Deliver building surveying work in a professional manner and with appropriate ethics
5.     Effectively communicate, enable teamwork and show leadership qualities
6.     Solve problems through objective analytical and scientific skills
7.     Understand building life cycle and information management
8.     Use experience and entrepreneurship to deliver effective consultancy

Building Surveying Universiti Malaya

Royal Institution of Surveyors Malaysia UK Chapter


Welcome to our official website.
The Royal Institution of Surveyors Malaysia UK Chapter was officially established on 26th June 2010.
During the intervening period we have observed a steady increase in graduate membership as well as applications for professional membership.
Conscious of the increasing activities and the need to document these events, the Committee felt that it would be prudent to launch a dedicated RISM UK Chapter website. It is hoped that this website will provide members and aspiring members with a point of reference regarding membership applications, continued professional development and regular updates of previous and forthcoming activities.
We will continue to further develop this website and we sincerely hope that it will benefit all members.

Best Regards,
Sr Faisal Ahmad Zaidin MRICS MRISM
Chairman
Royal Institution of Surveyors Malaysia,  UK Chapter

Royal Institute of Surveyors Malaysia (RISM)


Royal Institute of Surveyors Malaysia (RISM)

KUALA LUMPUR 15 SEPT : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan watikah kepada Institut Juruukur Malaysia (ISM) berikutan pengurniaan status diraja kepada institusi berkenaan pada 28 Mac lepas.
Institut itu kini dikenali sebagai Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM). ISM website.
Watikah itu disampaikan oleh Sultan Selangor kepada Presiden RISM Ahmad Fauzi Nordin pada upacara rasmi pengurniaan status berkenaan dan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-50 ISM malam Rabu. Ahmad Fauzi, dalam ucapannya, berkata RISM akan terus berusaha menjadi organisasi profesional bertaraf dunia.

“Selaras dengan pengurniaan status diraja kepada institut ini, kami berikrar mendokong profesionalisme ke tahap tertinggi pada setiap masa,” katanya.
Bersempena dengan majlis itu, institut berkenaan turut menganugerahkan ‘Malaysian Surveyor of the Year’ kepada Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Profesor Datuk Dr Abdul Kadir Talib.

Sabtu, 7 April 2012

BENGKEL PERTENGAHAN KONSERVASI, BANGUNAN WARISAN PULAU PINANG 2011


Pengenalan

Selaras dengan tujuan penubuhan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) untuk mewujudkan kesedaran dan khidmat nasihat kepada orang ramai mengenai warisan, bengkel warisan ini dirancang untuk memberi pendidikan & pendedahan kepada orang ramai khususnya golongan kontraktor mengenai teknik-teknik kerja pemuliharaan bangunan warisan.
Bengkel warisan ini bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai warisan khususnya Tapak Warisan Warisan Dunia George Town (TWDGT) kepada pihak-pihak yang terlibat secara lang-sung atau tidak langsung di dalam aspek pen-gurusan, perancangan dan pembinaan. Melalui bengkel ini juga diharapkan dapat meningkatkan pemahaman di kalangan perunding dan kon-traktor mengenai tatacara kerja serta mening-katkan kualiti kerja di TWDGT.
Peserta Bengkel

Bengkel ini terbuka kepada :
  • Pejawat Awam yang terlibat di dalam pen-gurusan, pemantauan dan pelaksanaan ker-ja-kerja pemuliharaan bangunan warisan
  • Kontraktor Bangunan
  • Kumpulan Professional (arkitek, juru ukur bangunan, juru ukur bahan, jurutera)
  • Individu yang berminat dalam bidang pem-uliharaan bangunan.

Kebolehan Juruukur Bangunan tidak dimanfaat sepenuhnya


SELEPAS hampir 50 tahun negara merdeka, kita seolah-olah baru belajar dan mengenali proses penyelenggaraan bangunan. Itupun selepas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hampir hilang suara memperkatakan mengenai perlunya penyelenggaraan menerusi media.

Sekali lagi, kami di NortCenSo BS Consult memohon Kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dapat meluluskan akta Ukur Bangunan agar setiap bangunan di Malaysia dapat diaudit oleh profesional seperti kami ini.

Ada ketikanya sejarah silam tidak cukup dijadikan iktibar mengenai pentingnya penyelenggaraan. Contoh yang jelas dan mudah diingati ialah tumbangnya satu blok bangunan Highlands Tower di pinggir ibu negara dan runtuhnya Jeti Sultan Abdul Halim di Butterworth.
Ketika itu setiap lapisan masyarakat meratapi peristiwa hitam berkenaan dengan penuh rasa sedih dan simpati. Namun masa berlalu, kita seakan-akan terlupa peristiwa silam sehinggalah berlaku kebocoran di dewan Jabatan Imigresen, di Putrajaya ditambah pula kejadian siling runtuh di bangunan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, juga di Putrajaya.
Kemudian kebocoran di bangunan Parlimen di ibu negara dan kejadian siling roboh dan bocor di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Syukurlah tidak ada yang tercedera mahupun terkorban dalam siri kejadian berkenaan.
Peristiwa itu sebenarnya menyingkap lebih banyak perkara dan kelemahan dari segi amalan dan sistem sedia ada dalam pengurusan penyelenggaraan yang dipraktikkan sejak dulu di negara ini. Mungkin ada banyak lagi kejadian kecacatan bangunan membabitkan bangunan awam lain yang tidak dilaporkan.
Persoalannya, siapa sebenarnya layak memikul tanggungjawab menguruskan kerja penyelenggaraan ini. Kelayakan diperlukan sudah semestinya mencakupi pengetahuan dalam bidang sains bangunan iaitu seni bina, reka bentuk struktur, elektrik, mekanikal, pengukuran, undang-undang dan bidang lain berkaitan keperluan dalam proses pembinaan bangunan.
Jika kita lihat di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong dan beberapa negara dalam Kesatuan Eropah (EU), profesion juruukur bangunan menepati kriteria yang disebutkan itu. Profesion itu sudah lama diiktiraf dan memainkan peranan penting dalam menguruskan hal berkaitan pengurusan bangunan, laporan keadaan bangunan, kawalan pembinaan bangunan dan penyelenggaraan bagi melindungi hak pembeli atau pemilik bangunan serta pengguna.
Secara umumnya, ramai di kalangan kita mungkin tidak mengetahui profesion juruukur bangunan sudah lama diiktiraf kepentingannya menerusi Akta Juru Ukur 1967. Namun, peranan serta kepentingannya masih dipinggirkan. Sungguhpun begitu nasibnya, profesion ini tetap aktif memainkan peranan di bawah payung Pertubuhan Juru Ukur DiRaja Malaysia (RISM).
Sehingga kini, hampir 1,000 graduan dilahirkan menerusi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) sejak 12 tahun lalu. Silibus pendidikan Juru Ukur Bangunan di negara ini diadaptasi sepenuhnya daripada ‘Royal Institute of Surveyors’ (RICS), United Kingdom di samping mengambil kira aspek perundangan dan keadaan cuaca serta bentuk muka bumi setempat.
Selain RISM, RICS, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga mengiktiraf kepentingan profesion ini menerusi skim jawatan Juruukur Bangunan (Gred J41) dan Penolong Juruukur Bangunan (J29) di bawah Sistem Saraan Malaysia.
Juruukur bangunan ini sebenarnya dilatih dalam pelbagai disiplin sains bangunan untuk memenuhi pasaran kerja pelbagai sektor yang menjurus kepada bidang tugas serta kepakaran berikut:
  • Memeriksa dan menyemak kelulusan pelan bangunan selaras keperluan perundangan di Malaysia.
  • Melaksanakan kerja pemeriksaan keadaan bangunan menerusi pendekatan saintifik (patologi) dalam menentukan punca dan kesan kerosakan bangunan, mencadangkan kerja pembaikan yang sesuai berserta anggaran kos terbabit serta penyediaan dokumen kontrak untuk kerja pembaikan, kerja penyelenggaraan dan kerja pembaharuan semula (refurbishment) dan penyediaan laporan kerosakan bangunan.
  • Berpengetahuan dalam penyelenggaraan bangunan, mendiognosis dan memprognosis kegagalan bangunan dan pembaikannya.
  • Penyediaan lukisan terukur sesebuah bangunan.
  • Membuat penilaian ke atas kerosakan yang berlaku serta menyediakan kos pembaikan bagi tujuan menginsurans.
  • Melaksanakan kerja mengukur bangunan dan mengesyorkan perancangan kerja penyelenggaraan, pengubahsuaian, pengekalan dan membaikpulih bangunan.
  • Melaksanakan kerja mengaudit bangunan dan membuat penilaian terhadap prestasi bangunan, tahap kesihatan dalam bangunan dan keadaan keselamatan bangunan selepas penghuni menduduki bangunan berkenaan.
Malangnya tidak ada pihak mengambil berat mengenai kepentingan peranan juruukur bangunan dalam menguruskan hal berkaitan penyelenggaraan. Kenyataan ini terbukti kerana sampai sekarang belum wujud jawatan berkenaan di mana-mana jabatan di bawah Kementerian Kerja Raya mahupun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, melainkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Lembah Klang dan beberapa agensi lain. Keadaan ini cukup pelik kerana pihak berkenaan seolah-olah tidak mahu memahami sejarah atau tidak mahu mengambil iktibar atas apa yang berlaku bagi mengubah keadaan.Kesukaran pegawai juruukur bangunan untuk bersama-sama memainkan peranan dalam kerja penyelenggaraan di negara ini sebenarnya sensitif untuk dibincangkan. 


Kita percaya harapan tetap ada di bawah kepemimpinan Perdana Menteri untuk memartabatkan profesion juruukur bangunan.
Sumber Berita Harian

Aduan Rakyat: Kerjaya Juruukur Bangunan


Ramai tidak maklum bahawa juru ukur bangunan, kerjaya berstatus profesional, yang bernaung di bawah Pertubuhan Juru Ukur Malaysia, tidak diiktiraf di negara ini.

Punca ini berlaku kerana tiada Akta Juru Ukur Bangunan untuk membolehkan pelajar dan graduan jurusan ini bergiat di bidang yang diceburi.

Saksikan lapuran yang saya sediakan.

Akta Parlimen No 67, 1967, suatu ketika dahulu mentakrifkan juruukur bangunan sebagai General Practice Surveyor.

Namun, sekitar tahun 1970an, akta ini dimansuhkan apabila, juruukur tanah, juruukur pernilaian hartanah dan juruukur bahan mempunyai akta profesyen masing-masing kecuali juruukur bangunan.

Dengan ketiadaan Akta Juru Ukur Bangunan, maka kerja ini didokong oleh profesyen lain yang sinonim dengan industri pembinaan.

Maka, dalam kes kebocoran bumbung bangunan Parlimen dan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur serta kerosakan stadium di Terengganu sebelum ini tidak layak di audit juru ukur bangunan.

Setiap tahun lebih 200 graduan jurusan juru ukur bangunan tamat pengajian diploma dan ijazah dari Universiti Institut Teknologi Mara, Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia.

Jumlah garduan juru ukur bangunan merangkumi institusi pengajian tinggi awam dan swasta kini seramai lebih dua ribu orang.

Mereka berkerja di sektor yang tidak mengiktiraf kepakaran yang dimiliki.

Kali terakhir isu mengenai Akta Juru Ukur Bangunan di sentuh ialah ketika mantan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S. Samy Vellu memberi jawapan lisan di Dewan Rakyat pada 19 Disember 2007.

Dalam jawapannya, Datuk Samy Vellu di petik berkata "jemaah menteri telah meluluskan cadangan untuk menubuhkan satu akta, selepas itu lembaga untuk juru ukur bangunan diadakan."

Sehingga kini kenyataan hanya kekal kenyataan.

AHMAD FAUZI MD. SOOD/ GRADUAN JURUUKUR BANGUNAN.
Keadaan ini bukan saja merugikan para graduan, malah kerajaan dan orang awam kerana pasaran kerja dalam industri pembinaan tak dapat dibesarkan. Dan juga penyelenggaraan bangunan serta aset masih terabai dan kepentingan orang awam mengenai mutu pembinaan masih terabai. Tujuan kami menyuara rasa hati kami terpendam selama 16 tahun tanpa pembelaan.

SR. DR. ADI IRFAN CHE ANI/ SETIAUSAHA PJM.
Kita mengambil amalan sedia ada di malaysia, dimana secara asanya tidak ada akta, tidak ada profesyen. Kalau nak laksana skop kerja kita, kata la nak daftar bawah mof, soalan yang sama ditanya, bf tak ada akta tak boleh buat kerja. So sama juga profesyen lain yang hendak guna kepakaran ukur bangunan tapi tak boleh sebab tak ada akta.

MOHD IDHAM ISMAIL/ PELAJAR UiTM
Bagi negara luar, kami pun diiktiraf rca, royal institute of chartered survey, sebab bagi negara komanwel dia orang ada building survey. Ini antara most important dalam sektor pembinaan. Kenapa Malaysia sendiri, sektor pembangunan malaysia, kenapa building survey ini tak iktiraf langsung.

Dalam hal ini jawapan yang di cari ada pada Kementerian Kerja Raya.

16 tahun sudah berlalu, berapa lama lagi agaknya mereka perlu menunggu untuk layak berkerjaya sebagai juru ukur bangunan.



NORTCENSO BS CONSULT
Kami memohon agar KERAJAAN MALAYSIA dapat mengiktiraf profesyen JURUKUR BANGUNAN memandangkan stok bangunan di Malaysia khususnya bangunan kerajaan yang bertambah dari masa ke semasa memerlukan penjagaan yang rapi dan seterusnya memastikan keadaan bangunan tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik setiap masa. 

Jaffry Azman, Aduan Rakyat, TV3 ambil berat.